Perutusan Ketua Jajahan


Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Laman Web Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah telah dapat dibangunkan dan menjadi sumber maklumat untuk semua. Pada hemat saya, laman web merupakan medium utama untuk orang ramai mahupun jabatan kerajaan mendapatkan maklumat dengan cepat dan terkini, khususnya yang berkaitan dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah.

Sehubungan dengan itu, jabatan ini sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan secara yang cepat dan menepati keperluan pelanggannya yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, anggota-anggota perkhidmatan awam dan juga orang ramai Selaras dengan hasrat murni Kerajaan untuk memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang benar-benar menepati kehendak rakyat dan pelanggan

adalah menjadi harapan saya, agar Laman Web ini sentiasa menjadi satu sumber maklumat penting dan bahan rujukan kepada semua pihak. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam memastikan Laman Web Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah ini sentiasa memberi maklumat yang terkini kepada semua pengguna.

InsyaAllah, mudah-mudahan Allah S.W.T memberikan ganjaran dan keberkatan kepada usaha murni ini.

 

Sekian, wassalam.

 

“RAJA BERDAULAT, RAKYAT SEPAKAT, NEGERI BERKAT”

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN”

 

 

Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein

Ketua Jajahan Tanah Merah

 

© Hakcipta Terpelihara {2018} Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah. Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800