soalanlazim hubungi maklumbalas petalaman

Struktur Organisasi

Organisasi merupakan satu unit sosial yang dibentuk untuk mencapai satu matlamat dalam organisasi. Pembahagian merupakan cara bagi pengkhususan seseorang pekerja di mana pengkhususan ini akan memendekkan jalinan perhubungan di antara pekerjanya. Secara tidak langsung ia akan memudahkan perancangan dan koordinasi dan seterusnya memudahkan penyesuaian terhadap perubahan persekitaran dengan lebih cepat. Ia juga dapat membandingkan prestasi di setiap jabatan yang ditubuhkan. 


Peranan Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah

Untuk mencapai objektif di atas, Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah akan memainkan peranan sebagai:

  1. Perancang utama pembangunan Jajahan.
  2. Penyelaras pelaksanaan pembangunan Jajahan.
  3. Agen perumahan di peringkat Jajahan.
  4. Penghubung dan penyambung lidah kerajaan.
  5. Pendorong sistem pentadbiran cemerlang dan pelopor
  6. budayakerja yang positif di peringkat Jajahan.

 
Strategi

Dalam menjalankan peranan tersebut, strategi perlu diatur di dalam sesebuah organisasi ini supaya setiap objektif yang ditentukan tercapai matlamatnya. Antara strategi organisasi ini ialah:

  1. Pembinaan kepimpinan berpasukan dan kepimpinan melalui teladan.
  2. Perundangan dan bermesyuarat.
  3. Meningkatkan hubungan interpersonal di kalangan ketua-ketua agensi peringkat Jajahan.
  4. Saling bekerjasama antara jabatan-jabatan di dalam Jajahan.
  5. Pembentukan jawatankuasa kerja.
  6. Memberikan keutamaan dan penekanan kepada pembangunan insan.
  7. Meningkatkan penghayatan budaya kerja berkualiti dan cemerlang.
  8. Perkembangan Organisasi

Secara umumnya, struktur pentadbiran Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Tanah dan Bahagian Pembangunan. Setiap bahagian dalam pentadbiran PTJTM ini memainkan peranan yang berbeza. Ini adalah untuk merealisasikan setiap program yang telah dirangka dan dapat berjalan dengan lancar.

Please publish modules in offcanvas position.

KELGOV PPST