BAHAGIAN PENGURUSAN
• Membuat Akuan Sumpah
• Untuk Mendapatkan Lesen Hiburan
BAHAGIAN PEMBANGUNAN
• Pendaftaran Pemborong
• Pengesahan Projek
• Pembayaran Tuntutan Projek
BAHAGIAN PEMBANGUNAN TANAH
Kaunter Unit Pendaftaran
• Mengeluarkan Surat Hakmilik
• Gadaian dan melepas gadaian
• Kaveat
• Lien
• Cabutan Tanah
• Carian Rasmi Persendirian
• Salinan Sah Dokumen
• Pendaftaran Dan Pengeluaran QT
• Pengeluaran Hakmilik Tanah Termasuk Negeri HS(1) Geran
Kaunter Unit Hasil
• Memungut Segala Jenis Hasil Yang Di Bayar Oleh Pelanggan
(Perlu Kemukakan Resit Sebelum Pembayaran Dibuat)
Kaunter Unit Tanah
• Permohonan Milik Tanah
• Harta Pesaka
• Tol :
a). Permit Batu Batan
b). Permit Batu Pasir
• Deposit Tanah
• Menguruskan Kes-Kes Untuk :
a). Ubah Syarat Tanah
b). Pecah Sempadan
c). Penyataan / Catuan
d). Lain-Lain Kes Di Bawah Kanun Tanah Negara 120, 104 dan 13A
e). Permohonan Hakmilik Sambungan
f). Permohonan Lelong Dan Lain-Lain
- Program menaik taraf jalan kampung
- Projek-projek kecil pembangunan seperti pembinaan jambatan, pembentong, wakaf dan lain-lain
- Program Pembangunan Rakyat Termiskin seperti membina rumah baru dan bantuan zat makanan.
- Projek-projek kampung yang diidamkan (KYD)
- Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan
- Mengumpul data-data dan maklumat melalui kajian dan sebagainya seperti kajian penduduk dan sosio-ekonomi
- Menyelaras pelaksanaan projek-projek pembangunan jajahan yang dilaksanakan oleh jabatan atau agensi lain melalui Jawatankuasa Pembangunan Tindakan Jajahan.
- Mengurus pemberian milik tanah
- Mengeluarkan suratan hak milik tanah
- Menguruskan pemberian lesen menduduki sementara
- Mengeluar lesen / permit pemindahan batu-batan
- Memungut bayaran hasil tanah
- Mengurus Pentadbiran urusniaga tanah seperti pindah milik, gadaian, pajakan dan bukan urusniaga seperti caveat dan perintah larangan.
- Memproses urusan pengambilan balik tanah
- Memproses permohonan pembahagian pesaka kecil
- Menyelesaikan kes-kes tanah
- Memproses permohonan ubah-syarat, pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah
- Lain-lain urusan tanah
Melaksanakan aktiviti keagamaan seperti :
- Program Kelas Takmir
- Tilawatil Al-Quran
- Kuliah Ramadhan
- Majlis memperingati Israk dan Mikraj
- Kursus-kursus dan penerangan kepada orang melayu yang tinggal berhampiran dengan perkampungan orang asli
- Majlis Qiamullail Jajahan dan Majlis Pelancaran Maal Hijrah
- Maal Hijrah peringkat mukim
- Khemah Ibadat
- Kursus Asas Perkahwinan / Pengurusan Jenazah
- Pengeluaran lesen, barang kawalan dan permit hiburan
- Kutipan duti setem
- Pengurusan sambutan pelbagai perayaan peringkat Jajahan
- Urusan keselamatan jajahan
- Urusan pilihanraya serta daftar pemilih.
- Aktiviti bersama
Organisasi merupakan satu unit sosial yang dibentuk untuk mencapai satu matlamat dalam organisasi. Pembahagian merupakan cara bagi pengkhususan seseorang pekerja di mana pengkhususan ini akan memendekkan jalinan perhubungan di antara pekerjanya. Secara tidak langsung ia akan memudahkan perancangan dan koordinasi dan seterusnya memudahkan penyesuaian terhadap perubahan persekitaran dengan lebih cepat. Ia juga dapat membandingkan prestasi di setiap jabatan yang ditubuhkan.
Peranan Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah
Untuk mencapai objektif di atas, Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah akan memainkan peranan sebagai:
- Perancang utama pembangunan Jajahan.
- Penyelaras pelaksanaan pembangunan Jajahan.
- Agen perumahan di peringkat Jajahan.
- Penghubung dan penyambung lidah kerajaan.
- Pendorong sistem pentadbiran cemerlang dan pelopor
- budayakerja yang positif di peringkat Jajahan.
Strategi
Dalam menjalankan peranan tersebut, strategi perlu diatur di dalam sesebuah organisasi ini supaya setiap objektif yang ditentukan tercapai matlamatnya. Antara strategi organisasi ini ialah:
- Pembinaan kepimpinan berpasukan dan kepimpinan melalui teladan.
- Perundangan dan bermesyuarat.
- Meningkatkan hubungan interpersonal di kalangan ketua-ketua agensi peringkat Jajahan.
- Saling bekerjasama antara jabatan-jabatan di dalam Jajahan.
- Pembentukan jawatankuasa kerja.
- Memberikan keutamaan dan penekanan kepada pembangunan insan.
- Meningkatkan penghayatan budaya kerja berkualiti dan cemerlang.
- Perkembangan Organisasi
Secara umumnya, struktur pentadbiran Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Tanah dan Bahagian Pembangunan. Setiap bahagian dalam pentadbiran PTJTM ini memainkan peranan yang berbeza. Ini adalah untuk merealisasikan setiap program yang telah dirangka dan dapat berjalan dengan lancar.