PROGRAM JEJAK ASNAF SIRI (4) JAJAHAN TANAH MERAH TAHUN 2022
29 Disember 2022 (KHAMIS)-Program Jejak Asnaf Siri ( 4 ) di Tanah Merah bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah (PTJTM), Masjid Ismail Petra Tanah Merah dan PUSPANITA Caw Jajahan Tanah Merah pada kali ini telah berjalan dengan jayanya. Untuk siri kali ini, kami telah menziarahi lima keluarga asnaf fakir dan miskin di sekitar Jajahan Tanah Merah. Program Jejak Asnaf ini merupakan satu program khas yang dilaksanakan oleh
MAIK bertujuan mengesan asnaf yang belum menerima sebarang bentuk bantuan daripada pihak MAIK. YABrs. Ketua Jajahan Tanah Merah Encik Mohammad Yusoff bin Hassan telah menyampaikan bantuan kepada kesemua keluarga terpilih. Setiap daripada mereka menerima wang tunai dan barangan keperluan asas serta sekampit beras. Jejak Asnaf kali ini juga disertai Pengerusi PUSPANITA Jajahan Tanah Merah iaitu Puan Wan Nor Asiah binti Wan Yusoff, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan), Pegawai Pembangunan Sosio Ekonomi, Al-Fadhil Ustaz Mohd Lotfi Bin Kassim, Bilal Masjid Masjid Ismail Petra Tanah Merah, AJK2 PUSPANITA dan beberapa orang kakitangan masjid. Semoga bantuan yang diterima ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan.
Semoga ALLAH SWT memberi limpahan pahala dan rezeki kepada mereka yang menginfaqkan hartanya ke jalan ALLAH dan menambah keberkatan padanya. Aamiin Ya Rabbal Alamin