Lawatan YAB. Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Ke Pusat Pemindahan Sementara Banjir Tanah Merah
7 Januari 2020 - Lawatan YAB. Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Ke Pusat Pemindahan Sementara Banjir. Pada petang ini YAB. Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan mengadakan lawatan ke PPS Sekolah Kebangsaan Lawang Batu Gajah Tanah Merah. Lawatan dimulai dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh YABrs. Tuan Haji Mohd Anis Hussein, Ketua Jajahan Tanah Merah berkenaan situasi semasa banjir di jajahan ini.
Majlis turut dihadiri YB. Dato’ Speaker Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Hajah Mumtaz, YB. Dato’ Mejar Md Anizam, Pengarah UKekWA dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri. Selain itu, YB. Dato’ ADUN Bukit Bunga bersama pemimpin masyarakat tempatan turut bersama selain pegawai-pegawai Pejabat Tanah serta pegawai jabatan berkaitan. YAB. Dato’ Menteri Besar berpesan dalam pertemuan bersama mangsa banjir agar sentiasa meningkatkan kesabaran atas apa yang berlaku. Semoga banjir ini terus meningkatkan kekuatan iman bersama. Terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk Penggawa Daerah, Guru Besar dan pihak sekolah serta Penghulu yang sentiasa bersiap sedia sepanjang pusat ini dibuka.