Hebahan Sistem Saluran Aduan Awam Kerajaan Negeri Kelantan
Sistem Aduan Awam Kelantan (e-Aduan) merupakan gerbang aduan bersepadu Kerajaan Negeri Kelantan yang membolehkan orang ramai mengemukakan aduan, komen, teguran, cadangan dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.
Selain e-Aduan, orang ramai juga boleh menyalurkan aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) serta aplikasi telefon pintar Respons Rakyat yang dibangunkan oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA, JPM).
Sehubungan dengan itu, poster pemakluman dan hebahan berhubung saluran aduan awam di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan disediakan bagi memberikan maklumat kepada semua pegawai dan kakitangan, pelanggan serta komuniti setempat mengenai saluran aduan yang boleh digunakan.
Diharapkan hebahan ini dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang saluran aduan yang tersedia, sekali gus menyokong usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh pengurusan aduan awam yang cekap, telus dan berkesan.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan sistem ini boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan melalui talian 09-748 1957 (sambungan 8226).

- Last updated on .

