Accessibility Tools

Skip to main content

PROGRAM KESELAMATAN NEGARA

21/10/2026 : PROGRAM KESELAMATAN NEGARA
TANGGUNGJAWAB BERSAMA: MEMPERKASA PERANAN PEMIMPIN KOMUNITI TANAH MERAH
 
Program ini telah dirasmikan oleh YABrs. Wan Ahmad Suwaidi Bin Zainal Abidin
Ketua Jajahan Tanah Merah
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah Tanah Merah
Turut hadir ialah:
 
1. YBhg Dato’ Mohd A Aruwan bin Ab Aziz
Pengarah Keselamatan Negeri Kelantan
Majlis Keselamatan Negara
 
2. YDH. Superintenden Mohd Haki bin Hasbullah
Ketua Polis Daerah Tanah Merah
 
3. Ketua-ketua dan wakil jabatan serta Agensi
4. Ahli-ahli Majlis Daerah, para Penggawa, Penghulu, Imam Mukim, Pengerusi dan ahli Kawasan Rukun Tetangga serta pemimpin-pemimpin komuniti
 
1
 
2
 
         
  • Last updated on .

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PPN KELANTAN KE PEJABAT KETUA JAJAHAN TANAH MERAH

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PPN KELANTAN KE PEJABAT KETUA JAJAHAN TANAH MERAH
TANAH MERAH | 15 OKTOBER 2026 (KHAMIS)
YABrs. Tuan Haji Adnan bin Haji Abd Rahman, Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Kelantan, bersama-sama YBrs. Encik Mohd Fadly bin Mohd Fauzi, Timbalan Pengarah PPN Kelantan, telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat YABrs. Ketua Jajahan Tanah Merah
 
 
 
  • Last updated on .

OPERASI PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 425 KANUN TANAH NEGARA

OPERASI PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 425 KANUN TANAH NEGARA
TANAH MERAH | 14 OKTOBER 2026 (RABU)
Operasi perobohan struktur binaan tanpa kebenaran telah dilaksanakan pada hari ini oleh Pasukan Penguat Kuasa Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah di beberapa lokasi, iaitu di kawasan Kubang Gali, Jalan Padang Siam dan Jalan Pasir Mas–Tanah Merah.
Tindakan ini diambil bagi membanteras aktiviti pencerobohan tanah kerajaan serta pembinaan struktur tanpa kebenaran, selaras dengan peruntukan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN).
Operasi ini turut mendapat kerjasama pelbagai agensi dan jabatan berkaitan, iaitu Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), Jabatan Kerja Raya (JKR) Tanah Merah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Tanah Merah, Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) Tanah Merah, Telekom Malaysia (TM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tanah Merah dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tanah Merah. Kerjasama ini bertujuan memastikan pelaksanaan tindakan penguatkuasaan berjalan dengan teratur, selamat dan berkesan.
Pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah dalam membanteras pencerobohan tanah kerajaan serta memastikan tanah kerajaan dilindungi dan diurus dengan baik mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Pencerobohan tanah kerajaan tidak akan dikompromi. Patuhi undang-undang, hormati hak milik dan kepentingan kerajaan.
 
 
 
  • Last updated on .

Lawatan Program Tanya Khabar oleh Ketua Jajahan Tanah Merah, YABrs Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin ke Pejabat JPN Daerah Tanah Merah.

11/10/2026 - Seterusnya lawatan Program Tanya Khabar oleh Ketua Jajahan Tanah Merah, YABrs Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin ke Pejabat JPN Daerah Tanah Merah.
‎
‎Lawatan ini turut disertai oleh :
‎1. Pegawai-pegawai dari Pej. Tanah dan Jajahan Tanah Merah
Dalam lawatan tersebut, Ketua Jajahan telah diberikan penerangan secara terperinci berkaitan kelebihan serta ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada kad pengenalan baharu.
‎Lawatan ini merupakan rutin bulanan Ketua Jajahan ke Agensi Kerajaan di jajahan Tanah Merah. Ini merupakan lawatan ke 6 Ketua Jajahan pada tahun ini. Antara Agensi yang telah dilawati oleh Ketua Jajahan ialah:
1. ‎Pejabat Pertanian Jajahan Tanah Merah
2. ‎Pejabat Imigresen, Kompleks ICQS Bukit Bunga
3. ‎Pejabat JKR Tanah Merah
4. ‎Pejabat JPS Tanah Merah
5. Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah
‎Sekian.
 
 
 
  • Last updated on .

Lawatan Program Tanya Khabar oleh Ketua Jajahan Tanah Merah, YABrs Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin ke Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah.

‎11/10/2026 - Lawatan Program Tanya Khabar oleh Ketua Jajahan Tanah Merah, YABrs Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin ke Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah.
‎
‎Lawatan ini turut disertai oleh :
‎1. Pegawai-pegawai dari Pej. Tanah dan Jajahan Tanah Merah
‎2. Pegawai dari Majlis Daerah Tanah Merah
‎
‎Lawatan Ketua Jajahan dan rombongan telah disambut sendiri oleh Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, YBrs Mohd Ibrisam bin Jalaluddin.
‎
‎Intipati lawatan ini membincangkan hal pentadbiran, fungsi dan peranan Pejabat Agama serta taklimat ringkas jabatan.
‎Lawatan ini merupakan rutin bulanan Ketua Jajahan ke Agensi Kerajaan di jajahan Tanah Merah. Ini merupakan lawatan ke 5 Ketua Jajahan pada tahun ini. Antara Agensi yang telah dilawati oleh Ketua Jajahan ialah:
1. ‎Pejabat Pertanian Jajahan Tanah Merah
2. ‎Pejabat Imigresen, Kompleks ICQS Bukit Bunga
3. ‎Pejabat JKR Tanah Merah
4. ‎Pejabat JPS Tanah Merah
‎Sekian.
 
 
 
 
  • Last updated on .

KELGOV PPST

Privacy Policy Statement