FAQ
1. Apakah Seksyen 120 KTN?
Pengenaan Syarat-Syarat nyata dan sekatan-sekatan kepentingan apabila pemberimilikan dibuat di bawah Akta ini.
2. Apakah itu Hakmilik Strata?
Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit/petak bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat yang unit-unitnya telah dijual. Unit-unit ini adalah dikenali sebagai petak-petak. Contohnya -- Petak aksesori (jika ada) ;- dan Pembahagian unit syer sebagai penentuan hak.
3. Saya ingin mendapatkan Sijil Carian Persendirian, Rasmi dan Salinan Sah Hakmilik, berapakah bayaran yang dikenakan dan bagaimanakah proses untuk mendapatkan permohonan tersebut?
Permohonan Sijil Carian Persendirian, Rasmi dan Salinan Sah Hakmilik boleh didapati di kaunter carian di Unit Pendaftaran. Untuk permohonan tersebut dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 untuk setiap satu hakmilik dan Sijil Carian Persendirian dikenakan bayaran RM20.00 untuk setiapatu hakmilik.
Untuk proses mendapat Sijil Carian Persendirian hanya 20 minit diperlukan bermula daripada pengisian permohonan hinggalah cetakan dokumen (bagi setiap satu hakmilik). Manakala untuk proses mendapatkan Sijil Carian Rasmi dan Salinan Sah Hakmilik hanya 30minit diperlukan bermula daripada pengisian permohonan hinggalah cetakan dokumen (begi setiap satu hakmilik) dan mendapatkan tanda tangan daripada pegawai atasan.
4. Bagaimanakah cara untuk menghubungi Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah sekiranya saya ingin mengemukakan sebarang maklum balas, cadangan dan aduan?
Tel | : 09 - 955 6963 / 09 - 955 7463 |
Fax | : 09 - 955 6776 |
Laman Web | : www.ptjtm.kelantan.gov.my |
Emel | : |
- Last updated on .