Accessibility Tools

Skip to main content

PROGRAM LAWATAN KERJA DATO MB KE JAJAHAN TM

7 OGOS 2025M BERSAMAAN 13 SAFAR 1447H (KHAMIS)-   YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan telah mengadakan lawatan kerja ke Jajahan Tanah Merah iaitu lokasi pertama di Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah dan lokasi kedua di Tapak Projek CNMC Goldmine Holdings Limited, Sokor. Lawatan berkenaan turut disertai oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr Tengku Mohamed Faziharudean Bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Idham Bin Haji Abd Ghani, Pegawai Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta para pegawai agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Lawatan dimulakan di Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah, menyaksikan pembentangan laporan pembangunan oleh Yang Amat Berusaha Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Ketua Jajahan Tanah Merah meliputi aspek kemudahan infrastruktur untuk usahawan, belia, sukan, perindustrian dan pelbagai lagi inisiatif pembangunan setempat.
Antara perancangan besar yang dicadangkan di jajahan ini termasuk:
1. Pembangunan Bandar Baru Bukit Bunga
2. Bandar Baru TM Octagon
3. Bandar Al-Ta'lim Bukit Panau
4. Taman Perindustrian Baharu

Seterusnya lawatan diteruskan ke kawasan lombong emas di Sokor, iaitu projek usahasama antara Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan CMNM Mining Group Sdn. Bhd.
Lombong ini melibatkan aktiviti perlombongan emas secara terbuka dan juga melalui pembinaan terowong. Ahli rombongan turut berkesempatan menyaksikan sendiri proses peleburan emas sehingga terhasilnya jongkong emas. Selain emas, kawasan ini turut menghasilkan plumbum dan zink yang diekstrak menggunakan teknologi pengapungan.
Projek ini bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri menerusi sektor perlombongan, malah turut membuka peluang pekerjaan serta pemindahan teknologi kepada tenaga kerja tempatan.

  • Last updated on .

KELGOV PPST

Privacy Policy Statement