Program Lawatan Setulus Kasih Ketua Jajahan Tanah Merah
08 September, 2025 (Isnin), Jedok – Program Lawatan Setulus Kasih Ketua Jajahan Tanah Merah ke Daerah Jedok. YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Ketua Jajahan Tanah Merah dan YBrs. Encik Mohd Noor Azman bin Md Nawi, Timbalan Ketua Jajahan Tanah Merah telah mengadakan lawatan ukhwah dan muhibbah ke Daerah Jedok.Banyak pengisian program yang di aturkan adalah melawat Pejabat Penggawa Daerah Jedok, Pusat PAWE Mukim Kemahang 1
bagi menyaksikan aktiviti kraftangan iaitu membuat Kraf Lekar, ke kilang makanan berasas Retort di mukim Lalang Pepuyu, ke Kebun Limau Chikun di Kg. Bendang Besar di mukim Jedok serta menyantuni juga penyampaian bantuan bakul makanan kepada 3 orang asnaf di mukim Jedok dan di mukim Nibong. Program ini juga melibatkan penyerahan Rumah MAIK dan melawat ke tempat penternakan ayam daging di mukim Jakar seterusnya ke tanaman timun batang di mukim Bukit Bunga.
- Last updated on .