Accessibility Tools

Skip to main content

LAWATAN MB KELANTAN KE RUMAH KELUARGA PELAJAR UMK YANG MATI LEMAS

 
 3 Disember 2025 (Rabu) - Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan, turun padang menziarahi keluarga pelajar UMK yang meninggal dunia dalam insiden kereta terbabas ke dalam tasik UMK Jeli. Beliau bukan sahaja menyampaikan sumbangan kepada waris mangsa, malah turut mengambil kesempatan untuk melawat rakan mangsa yang terselamat dan kini dirawat di Hospital Tanah Merah.
Turut hadir bersama semasa lawatan tersebut ialah YBrs Encik Nor Azman bin Md Nawi (Timbalan Ketua Jajahan Tanah Merah), YBrs Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof (Setiausaha MDTM), YBrs Tuan Haji Mohd Nazir bin Yusoff (Ketua Whip MDTM) serta wakil-wakil Jabatan di Tanah Merah.
 
  • Last updated on .

KELGOV PPST

Privacy Policy Statement