Accessibility Tools

Skip to main content

Lawatan Ketua Jajahan Tanah Merah ke Kompleks ICQS Bukit Bunga

Rabu, 10 Jun 2026 - YABrs. Ketua Jajahan Tanah Merah telah mengadakan lawatan ke Kompleks ICQS Bukit Bunga sempena program Tanya Khabar Ketua Jajahan ke Jabatan-Jabatan Luar Jajahan Tanah Merah.
Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta meninjau perkembangan semasa dan kelancaran operasi di kompleks berkenaan. Menyambut ketibaan YABrs. Ketua Jajahan adalah Ketua-ketua Agensi di Kompleks ICQS, antaranya YBrs. Ketua Imigresen ICQS Bukit Bunga Tanah Merah, YBrs. Ketua Stesen Kastam Daerah ICQS Bukit Bunga dan lain-lain jabatan di Kompleks ICQS tersebut.

 Turut mengiringi YABrs. Ketua Jajahan ialah Timbalan Ketua Jajahan, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan), Setiausaha Majlis Daerah Tanah Merah, Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan Tanah dan Pelupusan), Penolong Ketua Jajahan (Penguatkuasaan, Teknikal dan Hasil), Jurukur, Pegawai Pembangunan Sosio-Ekonomi serta beberapa orang kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah.

Lawatan ini mencerminkan komitmen pihak pengurusan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara agensi serta memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat sentiasa berada pada tahap yang terbaik
 

  • Last updated on .

KELGOV PPST

Privacy Policy Statement