Solat Sunat Dhuha dan Tazkirah
17 Mei 2026, Ahad - Solat sunat dhuha dan tazkirah dhuha bagi bulan Mei 2026 disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Zahir bin Johari, Imam Muda Masjid Rong Chenok, Pasir Mas. Majlis kemudian diteruskan dengan Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Mei 2026 dengan amanat telah disampaikan oleh Yang Amat Berusaha Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal, Ketua Jajahan Tanah Merah.
Majlis diserikan lagi dengan penyampaian Anugerah Warga Contoh Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah bagi bulan Januari - April 2026 iaitu Puan Nor Sabarina binti Shariff, Pembantu Tadbir (P/O) dari Bahagian Pembangunan, Encik Muhammad Azuawi bin Awang Pembantu Khidmat Am dari Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik Ahmad Ramzahan bin Razali, Penolong Pegawai Tanah dari Unit Teknikal dan Encik Mohd Syahzan Fitri bin Wahab, Penolong Pegawai Tanah dari Unit Teknikal
- Last updated on .
