KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN AGROBANK CAWANGAN TANAH MERAH KE PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN TANAH MERAH
20 September 2026 (Ahad) - YABrs. Ketua Jajahan Tanah Merah telah menerima kunjungan hormat daripada pihak pengurusan Agrobank Cawangan Tanah Merah yang diketuai oleh En. Haimi bin Kassim (Regional Director Kelantan & Terengganu).
Pertemuan diadakan pada 20 September 2026 (Ahad), jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Tamu Ketua Jajahan Tanah Merah.
Turut hadir bersama ialah Mohd Farid Asyraf bin Rafei ( Community Development Advisor), Mohd Al-Nur Firdaus bin Mohd Naser (Branch Manager Agrobank Tanah Merah) serta En. Raihan bin Esa (Assistant Branch Manager Tanah Merah).
Kunjungan ini merupakan satu tapak bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah dan pihak Agrobank khususnya dalam usaha menyokong agenda pembangunan serta kesejahteraan masyarakat di Jajahan Tanah Merah.
- Last updated on .

