OPERASI PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 425 KANUN TANAH NEGARA
OPERASI PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 425 KANUN TANAH NEGARA
TANAH MERAH | 14 OKTOBER 2026 (RABU)
Operasi perobohan struktur binaan tanpa kebenaran telah dilaksanakan pada hari ini oleh Pasukan Penguat Kuasa Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah di beberapa lokasi, iaitu di kawasan Kubang Gali, Jalan Padang Siam dan Jalan Pasir Mas–Tanah Merah.
Tindakan ini diambil bagi membanteras aktiviti pencerobohan tanah kerajaan serta pembinaan struktur tanpa kebenaran, selaras dengan peruntukan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN).
Operasi ini turut mendapat kerjasama pelbagai agensi dan jabatan berkaitan, iaitu Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), Jabatan Kerja Raya (JKR) Tanah Merah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Tanah Merah, Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) Tanah Merah, Telekom Malaysia (TM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tanah Merah dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tanah Merah. Kerjasama ini bertujuan memastikan pelaksanaan tindakan penguatkuasaan berjalan dengan teratur, selamat dan berkesan.
Pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah dalam membanteras pencerobohan tanah kerajaan serta memastikan tanah kerajaan dilindungi dan diurus dengan baik mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Pencerobohan tanah kerajaan tidak akan dikompromi. Patuhi undang-undang, hormati hak milik dan kepentingan kerajaan.



- Last updated on .

