PENGAUDITAN PELAKSANAAN PRINSIP UMI PTJTM
3 November 2026 | Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah
Seluruh warga kerja Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah (PTJTM) mengalu-alukan kehadiran Panel Pengauditan Pelaksanaan Prinsip UMI yang berteraskan tiga nilai utama, iaitu Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan.
Pasukan pengauditan ini terdiri daripada lima (5) orang panel yang diketuai oleh YBrs. Muhammad Danisy bin Shah Zain, Timbalan Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai. Panel turut dianggotai wakil daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan serta Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan.
Sesi Pembukaan dan Sesi Penutup telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Noor Azman bin Md Nawi, Timbalan Ketua Jajahan Tanah Merah merangkap Pengerusi Jawatankuasa UMI PTJTM.
Pengauditan ini merupakan platform untuk menilai, memperkukuh dan menghayati penerapan prinsip UMI dalam budaya kerja serta penyampaian perkhidmatan organisasi.
Semoga pelaksanaan pengauditan ini menjadi pemangkin kepada pembudayaan nilai integriti, akauntabiliti dan kecemerlangan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
![]() |
![]() |
![]() |
- Last updated on .




