Accessibility Tools

Skip to main content

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG

Seluruh warga kerja Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada YABrs. Encik Wan Fahazil bin Wan Mohamad Jaffar atas pelantikan sebagai Ketua Jajahan Tanah Merah yang berkuat kuasa mulai 12 November 2026.
Semoga dengan pengalaman, komitmen dan kepimpinan YABrs. Ketua Jajahan, Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah akan terus melakar kejayaan, memperkukuh kecemerlangan organisasi serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat.
Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi serta membawa Jajahan Tanah Merah ke arah kemajuan dan kecemerlangan yang berterusan.
Selamat maju jaya dan selamat menjalankan tugas.
 
 
 
         
  • Last updated on .

KELGOV PPST

Privacy Policy Statement