Accessibility Tools

Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) TANAH MERAH

Satu sesi kunjungan hormat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah telah berlangsung pada 16 November 2026 (Isnin), jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Tamu Ketua Jajahan, Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Supt. Mohd Haki bin Hasbullah (Ketua Polis Daerah Tanah Merah, bersama DSP Zamri bin Mustaffa @ Dollah (Timbalan Ketua Polis Daerah Tanah Merah) serta beberapa pegawai bahagian.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Jajahan dan Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan) Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah.
Dalam sesi tersebut, Ketua Polis Daerah turut menyampaikan taklimat ringkas berkaitan isu-isu semasa, khususnya perkara yang melibatkan keselamatan dan ketenteraman awam.
Semoga kunjungan ini terus memperkukuh hubungan kerjasama strategik serta persefahaman antara kedua-dua agensi demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat di Jajahan Tanah Merah.
 
 
 
         
  • Last updated on .

KELGOV PPST

Privacy Policy Statement