KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PIHAK ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) DAERAH TANAH MERAH
Satu sesi kunjungan hormat daripada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tanah Merah terhadap YABrs. Ketua Jajahan Tanah Merah telah diadakan bagi memperkukuh hubungan kerjasama serta penyelarasan antara agensi, khususnya dalam aspek pengurusan bencana dan kesiapsiagaan menghadapi banjir.
Kunjungan tersebut dihadiri oleh Lt. (PA) Ahmad Izanuddin bin Huzaiz, Lt. (PA) Isma Shamizie bin Mohd Rahim serta SK (PA) Malina bt. Mohd Suardi.
Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah Timbalan Ketua Jajahan, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan), Ketua Penolong Ketua Jajahan (Khidmat Pengurusan) serta Pegawai Pembangunan Sosioekonomi.
Dalam sesi tersebut, pihak APM telah menyampaikan taklimat berkaitan peranan dan tanggungjawab agensi dengan penekanan khusus terhadap aspek pengurusan bencana banjir, tahap kesiapsiagaan serta tindakan penyelarasan sekiranya berlaku kejadian banjir di daerah ini.
Diharapkan kunjungan ini dapat terus memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam memastikan pengurusan bencana dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, cekap dan berkesan demi keselamatan serta kesejahteraan masyarakat setempat.
![]() |
![]() |
![]() |
- Last updated on .




