KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PIHAK CNMC
Satu sesi kunjungan hormat daripada pihak CNMC ke atas YABrs. Tuan Ketua Jajahan Tanah Merah telah diadakan di Bilik Tamu Ketua Jajahan, Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah.
Kunjungan tersebut telah diwakili oleh:
1. Puan Karen Ang – Deputy General Manager.
2. Haji Nasir – Compliance Management Assistant Manager.
Turut hadir bersama YABrs. Tuan Ketua Jajahan ialah Timbalan Ketua Jajahan, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan) serta Penolong Ketua Jajahan (Penguatkuasaan, Teknikal dan Hasil).
Sesi kunjungan ini turut disusuli dengan taklimat daripada pihak CNMC berkaitan perkara-perkara di bawah skop pengurusan dan operasi syarikat, di samping menjadi platform untuk bertukar pandangan serta memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak.
Semoga jalinan hubungan dan kerjasama yang terjalin ini dapat terus diperkukuh demi manfaat bersama serta pembangunan Jajahan Tanah Merah.
![]() |
- Last updated on .


