PROGRAM BIG HERO MAWADDAH SUPPORT TEAM (MST) PERINGKAT PARLIMEN TANAH MERAH TAHUN 2026
23 NOVEMBER 2026 | DEWAN TERBUKA, PUTERA VALLEY RESORT AND TRAINING CENTRE
Program BIG HERO Mawaddah Support Team (MST) Peringkat Parlimen Tanah Merah Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Mawaddah Support Team (MST) dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tanah Merah telah dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan Sosioekonomi, Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah.
Program ini merupakan inisiatif komuniti dalam memperkukuh institusi kekeluargaan, membina jati diri, meningkatkan kesedaran tanggungjawab dalam kalangan lelaki serta memberikan sokongan dan peluang kepada individu untuk membina kehidupan yang lebih baik.
Penganjuran program ini turut mencerminkan komitmen bersama antara agensi kerajaan, komuniti dan masyarakat dalam melahirkan keluarga yang harmoni serta komuniti yang lebih prihatin, penyayang dan sejahtera.
![]() |
![]() |
![]() |
- Last updated on .




