Accessibility Tools

Skip to main content

SATU SESI KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PIHAK TNB KE ATAS YABRS. TUAN KETUA JAJAHAN TANAH MERAH

25 November 2026 (Rabu), pukul 9.00 pagi bertempat di Bilik Tamu Ketua Jajahan Tanah Merah.
YABrs. Ketua Jajahan Tanah Merah telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diketuai oleh:
1. Encik Mohd Noor bin Mat Daud – CRO Stakeholder.
2. Encik Yuhal bin Yusoff – Penyelia Pembaca Jangka.
3. Encik Mohammed Syaiful Nidzam bin Sulong – Customer Care Officer.
4. Encik Tengku Ahmad Amiri bin Tengku Abdul Kadir – Sergeant Major.
5. Encik Mohd Azizul Rahman bin Haji Md Zain – Customer Care Lead.
Pertemuan ini menjadi platform bagi mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak TNB dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah, di samping bertukar pandangan serta membincangkan perkara-perkara berkaitan perkhidmatan dan kepentingan masyarakat setempat.
Turut dikongsikan harapan agar hubungan kerjasama dan komunikasi antara kedua-dua pihak dapat terus diperkukuh demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan memenuhi keperluan penduduk di Jajahan Tanah Merah.
 
 
 
         
  • Last updated on .

KELGOV PPST

Privacy Policy Statement