01 MAC 2023, PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN TANAH MERAH (PTJTM) – Bahagian Khidmat Pengurusan PTJTM bersama Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah telah melaksanakan Kursus KOSPEN dan saringan kesihatan bertempat di Bilik Gerakan PTJTM.
Program berkenaan bermula dengan sesi perkongsian ilmu berkaitan KOSPEN oleh YBrs. Dr Azariman bin Azijan, Pegawai Perubatan dari PKD Tanah Merah menerangkan gaya hidup sihat yang perlu diamalkan seharian dan diteruskan dengan sesi saringan kesihatan.
29 Disember 2022 (KHAMIS)-Program Jejak Asnaf Siri ( 4 ) di Tanah Merah bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah (PTJTM), Masjid Ismail Petra Tanah Merah dan PUSPANITA Caw Jajahan Tanah Merah pada kali ini telah berjalan dengan jayanya. Untuk siri kali ini, kami telah menziarahi lima keluarga asnaf fakir dan miskin di sekitar Jajahan Tanah Merah. Program Jejak Asnaf ini merupakan satu program khas yang dilaksanakan oleh
31 Ogos 2022 - Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.
11 Sept (Ahad) - Lawatan ke K Media Sdn Bhd (Kelantan TV) Bagi Mempelajari Teknik Layar Hijau dalam Usaha PTJTM Menambahbaik Suntingan Berkonsepkan Layar Hijau.
31 Oktober 2021 - Satu majlis memperingati Kelahiran Baginda Rasulullah SAW iaitu Maulidur Rasul telah diadakan di pejabat ini. Selain berselawat semua kakitangan disajikan dengan tazkirah yang disampaikan sendiri oleh kakitangan dalaman.
Di majlis ini juga pekerja yang mendapat khidmat cemerlang diraikan.