27 April 2024 (Sabtu), Tanah Merah - Program Jelajah Kasih @Tanah Merah Tahun 2024 yang disempurnakan oleh YABrs. Tuan Haji Ahmad Adlee bin Yasin, Ketua Jajahan Tanah Merah bersama YBrs. Tuan Haji Jasri bin Kasim, Pengarah Pembangunan Negeri Kelatan (ICU JPM)
7 OGOS 2025M BERSAMAAN 13 SAFAR 1447H (KHAMIS)- YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan telah mengadakan lawatan kerja ke Jajahan Tanah Merah iaitu lokasi pertama di Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah dan lokasi kedua di Tapak Projek CNMC Goldmine Holdings Limited, Sokor. Lawatan berkenaan turut disertai oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr Tengku Mohamed Faziharudean Bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Idham Bin Haji Abd Ghani, Pegawai Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta para pegawai agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
08 September, 2025 (Isnin), Jedok – Program Lawatan Setulus Kasih Ketua Jajahan Tanah Merah ke Daerah Jedok. YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Ketua Jajahan Tanah Merah dan YBrs. Encik Mohd Noor Azman bin Md Nawi, Timbalan Ketua Jajahan Tanah Merah telah mengadakan lawatan ukhwah dan muhibbah ke Daerah Jedok.Banyak pengisian program yang di aturkan adalah melawat Pejabat Penggawa Daerah Jedok, Pusat PAWE Mukim Kemahang 1
Rabu, 11 Mac 2020 - Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah dan Persatuan Kebajikan dan Sukan( PERKASA) telah menganjurkan satu program iaitu Program Penghijauan dan Gotong Royong Perdana PTJTM. Program yang bermula seawal 8.30 pagi ini melibatkan semua kakitangan dan perasmian program adalah dari Tuan Ketua Jajahan sendiri melalui gimik penanaman pokok untuk fasal 1. Program yang julung kali diadakan ini akan dijadikan program tahunan dalam memastikan keindahan dan kelestarian sentiasa terjaga
Khamis, 09 Julai 2020 - Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah ) telah menganjurkan satu program iaitu Program Penghijauan dan dan Penanaman Pokok Dusun. Program yang bermula3.30 petang ini melibatkan semua kakitangan dan perasmian program adalah dari Tuan Ketua Jajahan sendiri .