Accessibility Tools

Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN AGROBANK CAWANGAN TANAH MERAH KE PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN TANAH MERAH

20 September 2026 (Ahad) - YABrs. Ketua Jajahan Tanah Merah telah menerima kunjungan hormat daripada pihak pengurusan Agrobank Cawangan Tanah Merah yang diketuai oleh En. Haimi bin Kassim (Regional Director Kelantan & Terengganu).
Pertemuan diadakan pada 20 September 2026 (Ahad), jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Tamu Ketua Jajahan Tanah Merah.
Turut hadir bersama ialah Mohd Farid Asyraf bin Rafei ( Community Development Advisor), Mohd Al-Nur Firdaus bin Mohd Naser (Branch Manager Agrobank Tanah Merah) serta En. Raihan bin Esa (Assistant Branch Manager Tanah Merah).
Kunjungan ini merupakan satu tapak bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah dan pihak Agrobank khususnya dalam usaha menyokong agenda pembangunan serta kesejahteraan masyarakat di Jajahan Tanah Merah.
Semoga jalinan kerjasama yang terjalin terus diperkukuh demi manfaat bersama dan kemakmuran masyarakat setempat.
 
  • Last updated on .

PERHIMPUNAN BULANAN PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN TANAH MERAH

14 September 2026 (Isnin) – Perhimpunan bulanan telah diadakan pada hari ini disertakan dengan bacaan tahlil dan selawat.
Majlis turut dihadiri oleh YABrs. Ketua Jajahan Tanah Merah, Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin dan pegawai-pegawai serta kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah.
Bacaan tahlil dan selawat telah dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Wan Mohamad Syahir bin Wan Mahmood, Imam Muda Masjid Jamek Ismail Petra, Tanah Merah.
Dalam majlis yang sama, Anugerah Warga Contoh Bulanan turut disampaikan sebagai penghargaan kepada warga kerja yang menunjukkan prestasi, komitmen dan sahsiah yang cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab.
 
  • Last updated on .

Lawatan Tanya Khabar YABrs. Ketua Jajahan Tanah Merah ke Pejabat JPS Tanah Merah

8 September 2026 (Selasa) - YABrs. Ketua Jajahan Tanah Merah telah mengadakan Lawatan Tanya Khabar ke Pejabat JPS Tanah Merah.
Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut ialah YBrs. Timbalan Ketua Jajahan Tanah Merah, YBrs. Setiausaha Majlis Daerah Tanah Merah serta pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah.
Lawatan ini turut disusuli dengan taklimat oleh YBrs. Jurutera Jajahan JPS Tanah Merah berkaitan peranan, fungsi serta perkembangan semasa pengurusan dan pelaksanaan aktiviti JPS di Jajahan Tanah Merah.
 
 
 
 
  • Last updated on .

Lawatan Ketua Jajahan Tanah Merah ke Kompleks ICQS Bukit Bunga

Rabu, 10 Jun 2026 - YABrs. Ketua Jajahan Tanah Merah telah mengadakan lawatan ke Kompleks ICQS Bukit Bunga sempena program Tanya Khabar Ketua Jajahan ke Jabatan-Jabatan Luar Jajahan Tanah Merah.
Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta meninjau perkembangan semasa dan kelancaran operasi di kompleks berkenaan. Menyambut ketibaan YABrs. Ketua Jajahan adalah Ketua-ketua Agensi di Kompleks ICQS, antaranya YBrs. Ketua Imigresen ICQS Bukit Bunga Tanah Merah, YBrs. Ketua Stesen Kastam Daerah ICQS Bukit Bunga dan lain-lain jabatan di Kompleks ICQS tersebut.

Read more …Lawatan Ketua Jajahan Tanah Merah ke Kompleks ICQS Bukit Bunga

  • Last updated on .

MESYUARAT AGONG TAHUNAN PERSATUAN KEBAJIKAN DAN SUKAN (PERKASA 2005) KALI KE-20

2 Mac 2026 (Isnin) – Persatuan Kebajikan dan Sukan (PERKASA 2005) telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-20 dengan jayanya.
Mesyuarat berkenaan telah dirasmikan oleh Yang Amat Berusaha Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Penaung PERKASA 2005 merangkap Ketua Jajahan Tanah Merah.

Read more …MESYUARAT AGONG TAHUNAN PERSATUAN KEBAJIKAN DAN SUKAN (PERKASA 2005) KALI KE-20

  • Last updated on .

KELGOV PPST

Privacy Policy Statement