soalanlazim hubungi maklumbalas petalaman

Jajahan Tanah Merah

Image

 

Latar belakang

PTJTM terletak di pusat Bandar Tanah Merah kira-kira 45km daripada bandar Kota Bharu iaitu ibu negeri Kelantan. Jajahan Tanah Merah Telah ditubuhkan pada 2 Februari 1955. Jajahan ini mempunyai keluasan seluas 867.6 km persegi. Di dalamnya menempatkan tiga Daerah Ulu Kusial,  Jedok dan juga Daerah Bukit Panau. Manakala setiap daerah tersebut di pecahkan kepada kampung.

 

Sejarah Penubuhan

Nama Bandar Tanah Merah di ambil bersempena tanah yang berwarna merah yang terdapat di bandar Tanah Merah pada suatu ketika dahulu. Menurut sejarah, nama Tanah Merah ini di namakan oleh penduduk Kusial Baru. Tanah yang di maksudkan ialah sejenis Tanah Laterit yang memanjang di tepi tebing sungai kelantan yang terletak di kampung To'Cho Bor dalam jajahan Machang bertentangan dengan kampung Kusial Baru. Penduduk Kusial Baru yang menamakan orang menetap di sini, orang Tanah Merah. Penduduk dari kampung To' Cho Bor dan Kampung Kusial Bharu telah membuka satu perkampungan dekat Bukit Remah dan tanah di sini kelihatan kemerah-merahan. Lama kelamaan tempat diteroka ini lalu di namakan tempat ini Tanah Merah. Kini Tanah Merah sudah menjadi bandar yang di penuhi kepadatan penduduk yang ramai. Jajahan ini di tubuhkan pada 2 Februari 1955. Dengan tertubuhnya jajahan ini maka wujudlah Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah yang lebih di kenali sebagai Majlis Tempatan Tanah Merah. Dalam masa dua tahun kemudian pejabat ini telah di tukar nama menjadi Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah dan ianya kekal sehingga ke hari ini. Semenjak tertubuhnya jajahan ini, bangunan pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah telah beberapa kali berpindah. Pada asalnya pejabat tanah ini terletak di Jalan Dato' Wan Ahmad, kemudian di pindahkan ke bangunan hadapan stesen Keretapi Tanah Melayu(KTM). Bangunan ini tidak kekal lama kerana seterusnya ia di pindahkan pula ke bangunan Alor Panchong, Tanah Merah. Perbadanan Kemajuan Ikhtisas Negeri Kelantan (PKINK) mengambil peranan membina bangunan baru di tapak pembinaan yang baru berpindah ke kawasan yang berhampiran. Pada 1 Februari 1986, sekali lagi telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Tasek dan bangunan baru ini telah kekal sampai sekarang untuk menempatkan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah. Bangunan ini telah di rasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan.

Di peringkat daerah dan jajahan ada beberapa jabatan yang menjalankan tugas pembangunan masing-masing seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran dan sebagainya. Walaubagaimanapun, semua pembangunan itu adalah dibuat di atas tanah. Untuk memastikan sesuatu projek berjalan dengan lancar selaras dengan perancangan satu-satu kawasan, maka Ketua Jajahan berperanan menjadi Pegawai Penyelaras terhadap sesuatu pembangunan tersebut. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan memerlukan sebidang tanah untuk membangunkan sebuah sekolah. Maka, kementerian berkenaan hendaklah membuat permohonan kepada Ketua Jajahan untuk proses pengambilan tanah-tanah yang diperlukan. Sekiranya tanah tersebut adalah merupakan tanah milik dan jika tanah tersebut terkena kepada tanah kerajaan atau tanah negeri, maka permohonan yang sama hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jajahan. Seterusnya Ketua Jajahan akan memproses permohonan berkenaan dan setelah ia selesai, pemohon akan mendapat hakmilik terhadap tanah berkenaan.

KELGOV PPST