soalanlazim hubungi maklumbalas petalaman

PEMBANGUNAN TANAH
•    Memproses permohonan ubah syarat dan pecah sempadan tanah serentak
•    Memproses permohonan pecah bahagian tanah
•    Memproses permohonan ubah syarat tanah kepada pertanian
•    Memproses permohonan serah balik tanah dan beri milik semula tanah
•    Memproses permohonan hak lalu lalang awam atau persendirian
•    Memproses permohonan pindah milik di bawah seksyen 13A ERM 1930
•    Memproses permohonan pindah milik di bawah seksyen 120 KTN 1965

PELUPUSAN
•    Memproses permohonan milik tanah kerajaan
•    Memproses permohonan sewa tanah
•    Memproses permohonan serah balik dan beri milik semula tanah
•    Memproses permohonan tunjuk sempadan
•    Memproses permohonan kaveat
•    Memproses permohonan perizapan tanah lapang dan wakaf
•    Memproses permohonan pengambilan balik tanah
•    Memproses permohonan sambung pajakan tanah (PM/PN) 99 tahun
•    Permohonan status tanah
•    Memproses permohonan pajakan lombong/cari gali

PENGUATKUASAAN DAN TEKNIKAL
•    Menyiasat dan menyediakan laporan pencerobohan tanah kerajaan
•    Menjalankan penguatkuasaan bahan batuan, langgar syarat dan pencerobohan
•    Memproses permohonan hak lalu lalang pentadbir tanah (ROW)
•    Penyitaan dengan kebenaran PBN
•    Mengeluarkan permit 4C (batu-batan) dan 4D (ruang udara)
•    Permohonan tunjuk sempadan
•    Permohonan lesen pendudukan sementara (LPS)-4B
•    Urusan penilaian tanah
•    Membuat penyediaan pelan perakuan
•    Menguruskan dataran lot indeks
•    Membantu menjalankan tindakan penguatkuasaan
•    Membuat laporan penyelesaian akhir (QT-FT)
•    Permohonan untuk Sijil Kebenaran Carigali (SKC) dan pajakan Lombong (SL/PL)
•    Menyediakan permohonan ukur
•    Menyelaras, mengawal dan menguruskan rekod permohonan ukur ke JUPEM
•    Menyediakan pelan hakmilik (QT)
•    Menyediakan pelan hakmilikan (FT)

HASIL
•    Pengeluaran laporan pungutan dan prestasi kutipan hasil (mingguan dan bulanan)
•    Penghantaran kutipan hasil ke bank
•    Pengeluaran penyata hasil bulanan
•    Pengeluaran notis 6A (tuntutan hasil terhutang)
•    Pengeluaran notis 8A(lucut hak)
•    Pengurusan wang amanah
•    Kemasukan dan kemaskini data SPTB
•    Memproses arahan perubahan maklumat pemilikan
•    Proses Kemasukan data SPEK

KAUNTER TERIMAAN HASIL
•    Terima bayaran
•    Pertanyaan berkenaan hasil
•    Mengeluarkan resit bayaran
•    Backup data SPTB (harian)
•    Proses integrasi SPTB SPHT (mingguan)
•    Fotostat dokumen borang 14A

PENDAFTARAN
•    Pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga
•    Pendaftaran hak milik tanah (hak milik baru)
•    Pendaftaran hak milik sementara (QT)
•    Pendaftaran hak milik tetap (FT)
•    Pengeluaran hak milik sambungan
•    Pengeluaran hak milik gantian
•    Membuat catatan memorial pendaftaran ke dalam hak milik (memorandum)
•    Pendaftaran pembetulan di bawah seksyen 380 KTN

KAUNTER SERAHAN
•    Menyemak dokumen suratcara untuk menentukan kelayakan pendaftaran selaras dengan peraturan dan perundangan
•    Menyediakan resit bayaran
•    Mmenerima dan menjana penyerahan pendaftaran
•    Membuat penyisihan dokumen hakmilik, suratcara dan dokumen sokongan berkaitan
•    Menyediakan cabutan hakmilik, carian persendirian dan sijil carian rasmi
•    Memproses pendaftaran perwakilan kuasa dan pemegang amanah
•    Mengurus tuntutan dokumen dan hakmilik oleh pelanggan

BILIK KEBAL
•    Menyemak dan menjilid semua dokumen hakmilik ,suratcara urusniaga dan bukan urusniaga
•    Membuat penyisihan hakmilik dan dokumen suratcara untuk penjilidan
•    Menyimpan dokumen hakmilik, suratcara urusniaga dan bukan urusniaga, perwakilan kuasa dan pemegang amanah
•    membuat carian dokumen
•    Keselamatan rekod-rekod hakmilik dan dokumen suratcara dalam bilik kebal
•    Menyimpan dan menjaga keselamatan kertas keselamatan dan kertas cabutan

Image

 

Latar belakang

PTJTM terletak di pusat Bandar Tanah Merah kira-kira 45km daripada bandar Kota Bharu iaitu ibu negeri Kelantan. Jajahan Tanah Merah Telah ditubuhkan pada 2 Februari 1955. Jajahan ini mempunyai keluasan seluas 867.6 km persegi. Di dalamnya menempatkan tiga Daerah Ulu Kusial,  Jedok dan juga Daerah Bukit Panau. Manakala setiap daerah tersebut di pecahkan kepada kampung.

 

Sejarah Penubuhan

Nama Bandar Tanah Merah di ambil bersempena tanah yang berwarna merah yang terdapat di bandar Tanah Merah pada suatu ketika dahulu. Menurut sejarah, nama Tanah Merah ini di namakan oleh penduduk Kusial Baru. Tanah yang di maksudkan ialah sejenis Tanah Laterit yang memanjang di tepi tebing sungai kelantan yang terletak di kampung To'Cho Bor dalam jajahan Machang bertentangan dengan kampung Kusial Baru. Penduduk Kusial Baru yang menamakan orang menetap di sini, orang Tanah Merah. Penduduk dari kampung To' Cho Bor dan Kampung Kusial Bharu telah membuka satu perkampungan dekat Bukit Remah dan tanah di sini kelihatan kemerah-merahan. Lama kelamaan tempat diteroka ini lalu di namakan tempat ini Tanah Merah. Kini Tanah Merah sudah menjadi bandar yang di penuhi kepadatan penduduk yang ramai. Jajahan ini di tubuhkan pada 2 Februari 1955. Dengan tertubuhnya jajahan ini maka wujudlah Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah yang lebih di kenali sebagai Majlis Tempatan Tanah Merah. Dalam masa dua tahun kemudian pejabat ini telah di tukar nama menjadi Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah dan ianya kekal sehingga ke hari ini. Semenjak tertubuhnya jajahan ini, bangunan pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah telah beberapa kali berpindah. Pada asalnya pejabat tanah ini terletak di Jalan Dato' Wan Ahmad, kemudian di pindahkan ke bangunan hadapan stesen Keretapi Tanah Melayu(KTM). Bangunan ini tidak kekal lama kerana seterusnya ia di pindahkan pula ke bangunan Alor Panchong, Tanah Merah. Perbadanan Kemajuan Ikhtisas Negeri Kelantan (PKINK) mengambil peranan membina bangunan baru di tapak pembinaan yang baru berpindah ke kawasan yang berhampiran. Pada 1 Februari 1986, sekali lagi telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Tasek dan bangunan baru ini telah kekal sampai sekarang untuk menempatkan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah. Bangunan ini telah di rasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan.

Di peringkat daerah dan jajahan ada beberapa jabatan yang menjalankan tugas pembangunan masing-masing seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran dan sebagainya. Walaubagaimanapun, semua pembangunan itu adalah dibuat di atas tanah. Untuk memastikan sesuatu projek berjalan dengan lancar selaras dengan perancangan satu-satu kawasan, maka Ketua Jajahan berperanan menjadi Pegawai Penyelaras terhadap sesuatu pembangunan tersebut. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan memerlukan sebidang tanah untuk membangunkan sebuah sekolah. Maka, kementerian berkenaan hendaklah membuat permohonan kepada Ketua Jajahan untuk proses pengambilan tanah-tanah yang diperlukan. Sekiranya tanah tersebut adalah merupakan tanah milik dan jika tanah tersebut terkena kepada tanah kerajaan atau tanah negeri, maka permohonan yang sama hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jajahan. Seterusnya Ketua Jajahan akan memproses permohonan berkenaan dan setelah ia selesai, pemohon akan mendapat hakmilik terhadap tanah berkenaan.


Menjadikan Sebuah Pejabat Tanah Yang Cemerlang Di Negeri Kelantan





Melaksanakan Pembangunan Tanah dan Memberi Perkhidmatan Secara Berhemah

Objektif Umum

Objektif PTJTM secara umumnya ialah menyediakan dan mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk Jajahan Tanah Merah dengan memberi perkhidmatan yang prosduktif, berkualiti dan bertanggunjawab.

Objektif yang kedua ialah merancang, mengurus dan metadbir segala hal yang berkaitan dengan tanah ke arah yang lebih sempurna, cepat, cekap dan cemerlang.

 

Objektif Jabatan

PTJTM juga mempunyai Objektif Jabatan iaitu pentadbiran jajahan bertujuan mewujudkan kesejahteraan rakyat dengan megadakan satu jentera pentadbiran yang berkesan bagi membangunkan Jajahan Tanah Merah :

  • cekap dan berjiwa rakyat
  • mengukuhkan perpaduan masyarakat
  • menjamin keselamatan serta saluran kepada rakyat dan kerajaan di peringkat jajahan selaras dengan hasrat kerajaan

 




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Laman Web Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah telah dapat dibangunkan dan menjadi sumber maklumat untuk semua. Pada hemat saya, laman web merupakan medium utama untuk orang ramai mahupun jabatan kerajaan mendapatkan maklumat dengan cepat dan terkini, khususnya yang berkaitan dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah.

Sehubungan dengan itu, jabatan ini sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan secara yang cepat dan menepati keperluan pelanggannya yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, anggota-anggota perkhidmatan awam dan juga orang ramai Selaras dengan hasrat murni Kerajaan untuk memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang benar-benar menepati kehendak rakyat dan pelanggan

adalah menjadi harapan saya, agar Laman Web ini sentiasa menjadi satu sumber maklumat penting dan bahan rujukan kepada semua pihak. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam memastikan Laman Web Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah ini sentiasa memberi maklumat yang terkini kepada semua pengguna.

InsyaAllah, mudah-mudahan Allah S.W.T memberikan ganjaran dan keberkatan kepada usaha murni ini.

 

Sekian, wassalam.

 

“RAJA BERDAULAT, RAKYAT SEPAKAT, NEGERI BERKAT”

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN”

 

 

Tuan Haji Ahmad Adlee bin Yasin

Ketua Jajahan Tanah Merah

 

Halaman 3 dari 3

KELGOV PPST