KURSUS KOMUNITI SIHAT PEMBINA NEGARA (KOSPEN) DAN SARINGAN KESIHATAN WARGA KERJA PTJTM
01 MAC 2023, PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN TANAH MERAH (PTJTM) – Bahagian Khidmat Pengurusan PTJTM bersama Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah telah melaksanakan Kursus KOSPEN dan saringan kesihatan bertempat di Bilik Gerakan PTJTM.
Program berkenaan bermula dengan sesi perkongsian ilmu berkaitan KOSPEN oleh YBrs. Dr Azariman bin Azijan, Pegawai Perubatan dari PKD Tanah Merah menerangkan gaya hidup sihat yang perlu diamalkan seharian dan diteruskan dengan sesi saringan kesihatan.
YABrs. En. Mohammad Yusoff bin Hassan, Ketua Jajahan Tanah Merah turut serta dalam saringan kesihatan berkenaan bersama warga kerja PTJTM.