Majlis Penyampaian Input Pertanian dan Pelepasan Anak Ikan.
06 Disember 2020 - YBrs. Tuan Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan) pada pagi ini menyempurnakan penyampaian input pertanian berupa makanan ikan, batang paip dan juga benih anak ikan patin. Sebanyak 10,000 ekor benih anak Patin Bunga di lepaskan kepada encik Mokhtar Mat Rof yang merupakan peserta Tadahan Rahmat Pejabat Tanah & Jajahan Tanah Merah. Tadahan Rahmat merupakan satu projek dibawah seliaan Unit Pembanguna Pejabat Tanah yang diberikan kepada mereka yang layak berdasarkan pengesyoran daripada Penggawa dan Penghulu.Turut hadir dalam majlis ini adalah Penggawa Daerah Ulu Kusial dan Penghulu Mukim Batu Garam serta YBrs. Setiausaha Pusat Khidmat DUN Gual Ipoh. In shaa Allah dalam tempoh tiga bulan ini diharapkan proses tumbesaran ikan berjalan sempurna dan dapat dijana ke arah pembangunan ekonomi setempat.
Tahniah dan terima kasih kepada encik Mokhtar bin Mat Rof.