Program Penyampaian Sumbangan Bantuan Asnaf Di Bawah Kluster Kesejahteraan
03 Disember 2020 - Program Penyampaian Sumbangan Bantuan Asnaf Di Bawah Kluster Kesejahteraan Kawasan Sempadan Tanah Merah-Thailand Tahun 2020. Pada pagi ini YABrs. Tuan Ketua Jajahan dapat melapangkan masa bersama YBrs. Timbalan Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan menyantuni 25 buah keluarga asnaf yang terpilih bagi program anjuran MKN di Daerah Jedok yang bersempadanan dengan Thailand. Hujan yang turun sepanjang program berlangsung ini tidak mematahkan semangat ahli rombongan menyantuni keluarga yang diziarahi bahkan menggembirakan mereka. Pelbagai kategori pemilihan asnaf antaranya tanggungan ramai, OKU dan ibu tunggal serta warga emas. Majlis pada pagi ini diketuai oleh Penggawa Daerah Jedok yang merupakan ketua rombongan ziarah. Selain itu turut dihadiri oleh YBrs. Ketua Penolong Ketua Jajahan Pembangunan, YBrs. Pegawai AADK Daerah Tanah Merah, YBhg. Datuk Samsuri Awang Hamat, Pengerusi REHDA Kelantan, Ketua Whip Majlis Daerah Tanah Merah dan juga YBhg. Datuk Abdul Hadi, selaku Ahli Majlis Daerah Jeli. Terima kasih kepada MKN dan semua yang terlibat sepanjang jelajah ziarah asnaf pada pagi ini. Semoga program sebegini dapat diteruskan agar dirasai oleh semua yang layak di ceruk kampung.