Syukur Alhamdulillah Dapat Rumah Dhuafa !!
29 Disember 2020 - 'Syukur Alhamdulillah Dapat Rumah Dhuafa’ . Begitulah ungkapan bilamana penerima Rumah Dhuafa’ apabila ditemui YBrs. Ketua Penolong Ketua Jajahan Pembangunan dalam siri lawatan mengejut ke atas rumah-rumah Dhuafa’ di DUN Gual Ipoh. Sebanyak tiga buah rumah yang dibina baharu dilawati.Para penerima ini merupakan insan yang layak untuk menerima sebuah rumah baharu dibawah pemilihan oleh ADUN Gual Ipoh. Rumah ini juga disiapkan dalam tempoh serta diserahkan kunci mengikut jadual.
Program Rumah Dhuafa’ ini juga merupakan program Kerajaan Negeri Kelanta melalui Pejabat Tanah dan Jajahan dengan pemilihan dilakukan oleh pejabat ADUN Kelantan.Selain bina baru, terdapat juga program pembaikian dibawah skim yang sama. Semoga dapat diami rumah ini dengan selesa.