Sumbangan Mangsa Banjir
5 Januari 2021M - RM1.25 Juta MAIWP Sumbang Untuk Mangsa Banjir Kelantan Alhamdulillah pada petang ini satu majlis penyampaian sumbangan untuk mangsa banjir telah selamat diterima daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ke Jajahan Tanah Merah.
Misi Bantuan Banjir MAIWP ke Jajahan Tanah Merah diketuai oleh YBr. Encik Ahmad Talmizi Yahaya, Pengurus Baitulmal dan diiringi oleh YBrs. Encik Mahadi Sukarno, Timbalan Pegawai Eksekutif MAIWP dan rombongan. Antara serahan bantuan berbentuk barangan keperluan seperti barangan elektrik, toto, lampin serta keperluan asas lain yang bakal disampaikan kepada 175 ketua keluarga yang menjadi mangsa banjir di Jajahan Tanah Merah awal tahun 2021. 175 KIR yang menjadi mangsa banjir adalah yang berpindah ke pusat pemindahan sementara dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Agihan ini akan dilakukan oleh Penggawa Daerah dengan bantuan Penghulu Mukim. Majlis yang berlangsung di Masjid Ismail Petra Tanah Merah diketuai oleh YBrs. Encik Sofian Amir Che Soh mewakili YABrs. Ketua Jajahan. Turut hadir sama pada majlis ini adalah para Penggawa Daerah dan Urusetia Bahagian Pembangunan PTJTM. Terima kasih kepada MAIWP dan Baitulmal terutama YB. Menteri Agama yang menggerakkan misi bantuan ini. Tidak lupa kepada Imam Masjid Ismail Petra dan AJK serta Ikhwan Masjid yang banyak membantu dari awal hingga akhir program.??