Tuan Ketua Jajahan, Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (SK Kulim dan SK Alor Pasir).
Sehingga jam 1 (3 Disember 2019), seramai 367 mangsa ditempatkan di 8 PPS di jajahan Tanah Merah.
Baca selanjutnya: Tuan Ketua Jajahan Melawat Mangsa-mangsa Banjir
Dijemput hadir beramai-ramai ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Jajahan Tanah Merah Tahun 1441H / 2019M pada tarikh, tempat dan masa sebagaimana di bawah :
Tarikh : 23 Rabiul Awal 1441H Bersamaan 20 November 2019M (Rabu) / 9.00 pagi
Tempat : Masjid Saidina Osman, Mukim Tepi Sungai, Tanah Merah
Perasmian oleh : YABrs Tuan Haji Mohd Anis b Hussein (Ketua Jajahan Tanah Merah)
Jemput sama-sama hadir ke Majlis Tadarus Al-Quran, Berbuka Puasa serta Majlis Penyampaian Hadiah Masjid Mukim Terbaik Peringkat Jajahan Tanah Merah. Kehadiran anda amat dialu-alukan
Tarikh : 13 Mei 2019 Bersamaan 08 Ramadhan 1440H
Tempat : Masjid Saidina Osman,
Mukim Tepi Selera Tepi Sungai
Masa : 05.30 petang
03 Oktober 2019 - Program DO Masuk Kampung telah diadakan pada tarikh ini bertempat di Kg Paloh, Mukim Pasir Genda Daerah Bukit Panau, Tanah Merah. Program ini dipenuhi dengan aktiviti seperti Lawatan ke Projek Tanaman Jagung dan Ternakan Ikan Keli, Pengagihan Bantuan kepada 5 keluarga miskin/asnaf, Bantuan Tadahan Rahmat. Juga diadakan kaunter bayaran hasil bergerak untuk memberi kemudahan pembayar-pembayar cukai.
-
PROGRAM DO MASUK KAMPUNG
Jangan lepaskan peluang untuk membayar cukai tanah di KAUNTER BERGERAK kami di DEWAN JUBLI PERAK, MAJLIS DAERAH TANAH MERAH pada hari SABTU 27.04.2019.
.
Sila bawa DOKUMEN berikut :
1. Kad Pengenalan
2. Resit Hasil
3. Geran Tanah
4. Beritahu No Lot dan Mukim Tanah anda
.
Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah
"PERMUDAH URUSAN TANAH ANDA"
"PTJTM LEADS THE WAY"
Halaman 5 dari 6